KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini diberitahu dana pelaburan yang diberikan kepada Fashion Valet Sdn Bhd tidak boleh digunakan untuk pembayaran dividen kepada mana-mana pihak termasuk pemegang amanah syarikat itu.
Peguam korporat, Anne Wong Wai Yee, 49, berkata perkara itu terkandung dalam Perjanjian Pemegang Saham antara syarikat e-dagang dan peruncitan fesyen itu bersama enam syarikat berkaitan pelaburan bertarikh 5 Mac 2018.
Beliau yang bertanggungjawab menyediakan draf perjanjian itu berkata, enam syarikat terbabit ialah Proven Holding Sdn Bhd, My E.G. Capital Sdn Bhd, Transasia E-Commerce Inc, Start Today Co. Ltd, Reussi Sdn Bhd dan Pulau Tiga Ventures Sdn Bhd.
"Fashion Valet juga tidak dibenarkan membuat sebarang perjanjian atau persefahaman dengan pihak berkaitan yang bernilai RM50,000 atau lebih dalam tempoh setahun tanpa kelulusan majoriti Lembaga Pengarah.









