KUALA LUMPUR: RLE Group Sdn Bhd meneroka potensi pasaran fesyen vintaj dan pakaian terpakai menerusi dua jenamanya, Woltage dan W Vintage Bundle, bagi memenuhi perubahan cita rasa pengguna tempatan.

RLE Group dalam satu kenyataan berkata, Woltage beroperasi di Maluri, manakala W Vintage Bundle menawarkan pakaian vintaj dan terpakai menerusi kedainya di Maluri serta Setapak.

Pendekatan dua jenama itu membolehkan syarikat memenuhi segmen pasaran berbeza serta menyediakan pilihan kepada pengguna berdasarkan gaya, keperluan dan kemampuan berbelanja masing-masing.

Strategi berkenaan mencerminkan perubahan corak pembelian pakaian yang semakin dipengaruhi identiti diri, kemudahan, kemampuan dan keinginan pengguna untuk tampil berbeza.