KUALA LUMPUR: Sri Lanka berhasrat meningkatkan eksportnya ke Malaysia bagi menangani ketidakseimbangan perdagangan di antara kedua-dua negara, kata Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka ke Malaysia Dharshana M Perera.

Menurut Perera, jumlah perdagangan dua hala di antara kedua-dua negara kini melebihi AS$1 bilion dengan hampir 90 peratus daripadanya terdiri daripada eksport Malaysia ke Sri Lanka yang masih dalam proses pemulihan daripada krisis ekonomi yang dialaminya pada 2022.

Beliau berkata, Sri Lanka tidak berhasrat mengurangkan eksport Malaysia sebaliknya mahu memperkukuh keupayaan bekalan domestiknya serta meningkatkan eksportnya ke ke negara ini.

"Apa yang perlu kita lakukan bukanlah mengurangkan eksport Malaysia ke Sri Lanka sebaliknya meningkatkan eksport Sri Lanka ke Malaysia.