Duta Besar Rusia ke Malaysia Naiyl M Latypov, berkata sekitar 7,000 doktor Malaysia merupakan lulusan universiti Rusia. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Rusia berhasrat meningkatkan jumlah biasiswa kepada pelajar Malaysia lanjut pengajian ke negara itu kepada 40 berbanding 20 sebelum ini.
Duta Besar Rusia ke Malaysia Naiyl M Latypov, berkata terdapat perancangan menambahnya kepada 60 pada tahun depan sempena ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik Malaysia dan Rusia.
Katanya, kerjasama lebih erat membolehkan dua negara berkongsi kepakaran, pengalaman, dan pencapaian dalam bidang perubatan yang memberikan manfaat pada sistem perkhidmatan kesihatan serta pesakit di negara terlibat.
“Kita perlu memperkukuh kerjasama kita, terutamanya dalam bidang perubatan. Kita patut memanfaatkan pengalaman dan pengetahuan Malaysia, bukan sahaja untuk sistem perkhidmatan kesihatan negara ini tetapi juga untuk manfaat pesakit Rusia.








