ISTANBULL Model kecerdasan buatan (AI) canggih kini berkembang sehingga kebanyakannya lebih bijak daripada saintis paling hebat, selain berupaya melaksanakan sebahagian besar tugasan dalam sektor pekerjaan kolar putih, kata Ketua Pegawai Eksekutif OpenAI, Sam Altman.

Ketika berucap pada majlis perasmian Pameran dan Persidangan Petroleum Antarabangsa Abu Dhabi di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Isnin, Altman berkata keupayaan AI melonjak secara mendadak sepanjang tahun lalu, lapor Anadolu Ajansi.

"Pada awal tahun ini, AI kebanyakannya belum mampu menandingi saintis kita yang paling bijak, tetapi kini kebanyakannya lebih bijak daripada mereka," kata Altman.

"AI sebelum ini kebanyakannya tidak mampu melaksanakan banyak pekerjaan kolar putih, tetapi kini ia sudah berupaya melaksanakan sebahagian besar daripada tugasan itu," katanya.