KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Ab Ghani Hassan menyifatkan penganjuran Liga Wanita Nasional (LWN) sebagai platform penting dalam memperkukuh ekosistem bola sepak wanita negara, khususnya dalam menyediakan ruang pertandingan yang lebih kompetitif dan tersusun.

Beliau berkata, penganjuran liga seumpama itu bukan sahaja memberi peluang kepada pemain untuk mendapatkan pengalaman beraksi dalam pertandingan kompetitif, malah menjadi landasan penting dalam usaha mencungkil dan melahirkan lebih ramai pemain berkualiti yang berpotensi mewakili skuad kebangsaan pada masa hadapan.

"Saya melihat penganjuran Liga Wanita Nasional yang memasuki edisi keempat tahun ini sebagai satu inisiatif yang sangat penting dalam usaha memperkukuh pembangunan bola sepak wanita di Malaysia.