KUALA LUMPUR: Pelaksanaan projek pembinaan laluan pejalan kaki berbumbung membabitkan perbelanjaan RM55 juta di seluruh ibu negara yang dijadual bermula Januari tahun depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata, projek berkenaan akan dilaksanakan menerusi peruntukan perbelanjaan mengurus Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), membabitkan pembinaan laluan sepanjang 22 kilometer di sekitar ibu kota.

"Di bawah peruntukan mengurus DBKL, sebanyak 22 kilometer (km) laluan pejalan kaki akan dibina di kawasan Parlimen di Kuala Lumpur, dengan pembahagian dua km bagi setiap kawasan Parlimen.

"Projek ini membabitkan peruntukan RM55 juta dan dijangka siap pada suku ketiga tahun depan," katanya ketika sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 Peringkat Dasar di Dewan Rakyat, hari ini.