KUALA LUMPUR: Kesilapan berkongsi fakta mengenai detik perkenalan pempengaruh, Dr Afifah Hidayah Tawfeq atau lebih dikenali sebagai Dr Fie, dengan suaminya, Kapten Amrul Nizar Anuar, mengundang kecaman terhadap wanita itu di media sosial.

Menyedari kekhilafan berkenaan, penyanyi dan pelakon, Lufya Omar, tampil memohon maaf serta memperbetulkan fakta yang dikongsikan sebelum ini.

Menerusi hantaran di Instagram, Lufya menjelaskan, dia sebenarnya memperkenalkan pasangan itu ketika majlis berbuka puasa pada Ramadan tahun ini, iaitu Februari lalu, bukannya pada 2025 seperti yang tersilap dinyatakan.

"Ada sedikit kesilapan fakta dalam perkongsian saya sebelum ini mengenai kisah perkenalan Dr Fie dan Kapten Amrul.