KUALA LUMPUR: Peminat dunia hiburan dan digital berpeluang memilih calon kegemaran masing-masing menerusi OhBulan! Paling Viral Online 2.0 (OBPVO 2.0) yang membuka fasa undian Top 15 bermula hari ini hingga 1 Disember depan.
Sebanyak sembilan kategori dipertandingkan pada edisi kali ini, iaitu Pelakon Paling Viral, Penyanyi Gen Z Paling Viral, Content Creator Paling Viral, Peniaga Paling Viral, Nepo Baby Paling Viral, Drama Paling Viral, Filem Paling Viral, Kelab Peminat Paling Viral dan Lagu Paling HOT.
Setiap kategori menampilkan 15 calon yang dipilih berdasarkan populariti serta pengaruh mereka dalam industri hiburan dan dunia digital, termasuk karya serta kandungan yang mendapat perhatian masyarakat.








