KUALA LUMPUR: Petronas Gas Bhd (PGB) menyelesaikan pemindahan perniagaan pemprosesan gas dan utilitinya kepada dua anak syarikat di bawah cadangan penyusunan semula dalaman, yang berkuat kuasa pada 1 November 2026.

Menurut PGB dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, perniagaan pemprosesan gasnya telah dipindahkan ke PG Gas Processing Sdn Bhd, sementara perniagaan utilitinya dipindahkan ke PG Utilities East Sdn Bhd berikutan pemenuhan syarat-syarat terdahulu di bawah perjanjian pemindahan perniagaan (BTA) masing-masing.

"Dalam hal ini, beberapa syarat terdahulu yang berkaitan dengan penerimaan kelulusan daripada pihak berkuasa berkaitan dan pengeluaran lesen serta kelulusan baharu telah dikecualikan selaras dengan BTA masing-masing," menurut PGB.