Dubai: Bintang YouTube yang beralih ke arena tinju, Jake Paul bakal kembali beraksi apabila dijadualkan menentang bekas juara dunia kickboxing, Cedric Doumbe di Dubai pada 24 Disember ini.
Pertarungan itu menjadi penampilan pertama Paul sejak mengalami kekalahan kalah mati kepada bekas juara heavyweight Britain, Anthony Joshua pada Disember tahun lalu.
Paul mengalami keretakan rahang di dua bahagian selepas tewas menerusi hentian pengadil pada pusingan keenam dalam pertarungan di Miami itu, sebelum menjalani beberapa pembedahan dan mengumumkan kepulangannya ke gelanggang pada Oktober lalu.
Paul yang memiliki rekod profesional 12 kemenangan dan dua kekalahan berkata, dia sudah lama mengetahui cabaran Doumbe yang pernah mencabarnya selepas mencatat kemenangan kalah mati dalam tempoh hanya sembilan saat.








