AINA Qaisara daripada Lekir Fight Team muncul antara prospek paling menyerlah pada Grand Finale Selangor Muaythai League Vol 5.0, sekali gus membuktikan potensinya untuk diketengahkan ke pentas lebih tinggi.Kejayaan Aina menjuarai kategori Super 4 Amateur remaja wanita 45 hingga 50 kilogram selepas menewaskan Nur Aireen Qistina daripada Combat of Shadow Muaythai menjadi antara sorotan utama kejohanan berkenaan.Presiden Persatuan Muaythai Negeri Selangor (PMNS), Muhammad Amir Luqman menyifatkan Aina sebagai antara bakat muda terbaik yang dikenal pasti menerusi penganjuran liga itu dan berpotensi untuk terus digilap bagi membawa cabaran negara pada masa depan.Menurutnya, penganjuran lima siri Selangor Muaythai League sepanjang tahun ini berjaya membantu persatuan mengenal pasti atlet amatur terbaik di Selangor sebagai persediaan menghadapi saingan lebih besar di peringkat kebangsaan dan antarabangsa."Alhamdulillah, kami berjaya melengkapkan lima siri kejohanan tahun ini dan melahirkan atlet amatur terbaik di Selangor."Melalui pertandingan ini, kami dapat mengenal pasti atlet yang berpotensi dan tahun depan tumpuan diberikan kepada usaha memperkasakan mereka untuk bersaing di peringkat kebangsaan serta Asia," katanya.Muhammad Amir berkata, kategori Super 8 Amateur dan Super 4 Amateur memainkan peranan penting dalam pembangunan akar umbi Muay Thai kerana menyediakan platform pertandingan kepada atlet muda untuk menguji kemampuan, meningkatkan pengalaman dan membina keyakinan.Usaha pembangunan itu turut mendapat sokongan menerusi geran padanan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi membantu memperkukuh penganjuran program serta pembangunan sukan Muay Thai di Selangor.Selain itu, PMNS turut memberi tumpuan kepada persiapan menghadapi Kejohanan ASEAN Muaythai yang bakal menjadi platform penting untuk menguji kemampuan atlet tempatan berdepan pencabar dari negara serantau.Pendedahan menerusi Selangor Muaythai League, khususnya kategori amatur, dijangka membantu persatuan mengenal pasti serta membentuk barisan atlet berpotensi untuk diketengahkan ke kejohanan berkenaan.Pada aksi final kategori amatur, Zahirul Haq Hamdani daripada Black Turtle Muaythai muncul juara Super 8 Amateur dini lelaki 30 hingga 35 kilogram.Raziq Afkar daripada Akademi Sang Saka Biru PDRM pula menjuarai kategori remaja lelaki 40 hingga 45 kilogram manakala Ahmad Fitri daripada Taring Muaythai mengungguli kategori remaja lelaki 45 hingga 50 kilogram.Kategori dewasa lelaki 50 hingga 55 kilogram menyaksikan Wan M Nasreen daripada Amer Warrior Muaythai muncul juara.Dalam saingan profesional, Vcool Seuxda dari Seuxda Top Muaythai (Kedah), Harrish Gomo (Gomo Muaythai), Adib Warisan (Warisan Muaythai), Salar Ashouri (Panthera Gym), Nasirullah Khan (Dragon Muaythai) dan Mia Nashary (Pendowo Limo) masing-masing meraih kemenangan.Aksi utama kategori Super 4 profesional lelaki 60 kilogram pula menyaksikan Jawtapee dari Panthera Gym, Thailand, menewaskan Nabi Mohebi daripada Jordan Top Team, Af