SHAH ALAM - Bersatu menolak Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) sebelum ini kerana ia menawarkan pelbagai syarat, dakwa Datuk Dr Marzuki Mohamad. Bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin itu mendakwa, antara syaratb tersebut termasuk larangan membangkitkan isu berkaitan kaum, agama dan institusi Raja (3R)."Ada orang kata dulu tolak CSA sekarang terima. Dulu tolak kerana syaratnya macam-macam."Sekarang syarat-syarat ini sudah tiada," ujarnya menerusi hantaran Facebook pada Isnin.Sebelum ini, kerajaaan menandatangani CSA dengan enam anggota Parlimen Bersatu yang diketuai Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta tujuh yang lain termasuk anggota Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam satu pertemuan di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, persefahaman yang ditmeterai itu menjadi asas kepada kerjasama yang konstruktif, memperkukuh keyakinan terhadap proses demokrasi dan membuka ruang bagi memastikan Malaysia yang lebih baik untuk semua.Tambah Marzuki, CSA baru-baru ini dimasukkan komitmen kerajaan untuk melaksanakan reformasi institusi dan memperkasakan agenda Bumiputra.
'Dulu tolak CSA kerana syaratnya macam - macam' - Marzuki

Key takeaways
Bersatu pernah menolak CSA kerana syaratnya yang rumit, menurut Marzuki.
- Bersatu menolak CSA kerana syaratnya yang banyak dan kompleks.
- Marzuki menyatakan syarat-syarat lama CSA kini tiada.
- CSA baru termasuk komitmen kerajaan untuk reformasi institusi.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- ROSKHOIRAH YAHYA
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
4 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Tun Faisal tolak gesaan Kiandee lucut keahlian Ahli Parlimen tandatangan CSA
- Free Malaysia Today Syed Saddiq pertahan CSA kerana dorong reformasi penting
- Berita Harian Syarat ketat punca CSA dulu ditolak - Marzuki
- Sinar Harian 'Dulu tolak CSA kerana syaratnya macam - macam' - Marzuki (this story)









