Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (dua dari kiri) menandatangani CSA di Parlimen minggu lalu. (Gambar Facebook)KUALA LUMPUR: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda-Muar) mempertahankan perjanjian keyakinan dan perbekalan (CSA) yang ditandatanganinya dengan kerajaan minggu lalu atas alasan ia menyediakan ruang yang mendorong dua reformasi institusi penting.

Menurutnya, perjanjian itu penting bukan hanya untuk memastikan peruntukan kawasan yang adil dan saksama kepada Ahli Parlimen, tetapi turut mengurangkan pemusatan kuasa di tangan perdana menteri.

Di bawah CSA, kerajaan berjanji mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri serta memisahkan peranan peguam negara (AG) dan pendakwa raya sebelum tamat penggal pentadbirannya.