Tun Faisal Ismail Aziz berkata Bersatu mengambil tindakan terhadap enam bekas Ahli Parlimennya kerana melanggar perlembagaan dan ingkar arahan parti.PETALING JAYA: Bersatu menolak gesaan supaya keahlian mereka yang menandatangani perjanjian keyakinan dan perbekalan (CSA) dengan gabungan kerajaan dilucutkan, dengan alasan tindakan itu tidak boleh disamakan dengan pemecatan enam Ahli Parlimen pada 2024.

Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz, berkata keahlian enam Ahli Parlimen yang dipecat dan dua lagi yang digantung sebelum ini ditamatkan kerana melanggar perlembagaan parti. Bagaimanapun, mereka yang menandatangani perjanjian keyakinan itu berbuat demikian susulan keputusan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu.