Dalam menyeru rakyat Malaysia menolak politik kebencian berasaskan kaum dan agama pada 25 Okt, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata ada pihak cuba 'memutarbelitkan sejarah dengan mendakwa negara ini hanya boleh diselamatkan melalui kemenangan satu kaum sahaja'.

"Jika nenek moyang kita berjaya membina Kesultanan Melayu Melaka sebagai sebuah empayar yang besar, kita juga mampu melakukannya melalui keamanan, perpaduan semua pihak dan strategi pembangunan yang baik," katanya.

Saya amat bersetuju dengan pandangan itu. Malah, sejarah membuktikan beliau benar.

Sejak beberapa dekad kebelakangan ini, ketegangan mengenai siapa pemilik sebenar negara ini semakin berlarutan, dengan pihak yang memperjuangkan ketuanan Melayu atau melabelkan masyarakat bukan Melayu sebagai pendatang semakin mendapat pengaruh. Keadaan ini menyebabkan ramai warga bukan Melayu seolah-olah terpaksa mengambil sikap defensif.