BERTITIK tolak dari menonton filem Holes yang diarahkan Andrew Davis pada tahun 2003, minat Shazwan Khairuddin, 36, untuk memiliki haiwan reptilia berasal dari kawasan gurun dan kering, Bearded dragon atau naga berjanggut mula tercetus.
Mengimbau kenangan itu, Shazwan yang bekerja sebagai 'freelance' atau pekerja bebas berkata, menerusi filem berkenaan, terdapat satu babak menunjukkan watak utama berada di dalam sebuah lubang bersama biawak berbintik yang rupa fizikalnya menyerupai Bearded dragon.
"Sejak itulah, saya mula tertarik dengan haiwan jenis reptilia. Pada waktu itu, saya belum tahu banyak tentang Bearded dragon, tetapi rupa dan keunikan haiwan ini memang menarik perhatian saya.
"Minat itu berterusan sehinggalah saya berpeluang untuk membelanya sendiri," katanya yang tinggal di Kuchai Lama, Kuala Lumpur.






