Milan: Bintang skuad kebangsaan Amerika Syarikat (AS), Christian Pulisic menandatangani kontrak baharu bersama AC Milan sehingga 2031, umum kelab Serie A itu.
Pemain tengah berusia 28 tahun itu sebelum ini mempunyai kontrak yang bakal tamat pada Jun 2027, namun perjanjian baharu berkenaan menyaksikan dia terus kekal bersama kelab itu sehingga selepas Piala Dunia akan datang.
Sejak menyertai kelab Itali itu pada 2023, Pulisic merekodkan 44 gol dan 28 bantuan jaringan daripada 141 penampilan dalam semua pertandingan.
"Milan sudah memberikan segala-galanya kepada saya. Kelab ini terasa seperti rumah sendiri dan saya benar-benar menyayanginya," tulis Pulisic menerusi media sosial rasmi kelab.








