Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir murka dan menempelak Menteri Besar Negeri Sembilan Ismail Lasim, yang hanya membalasnya dengan mengangkat sembah, dalam video tular sejak semalam.PETALING JAYA: PKR Negeri Sembilan menuntut Menteri Besar Ismail Lasim mengemukakan alasan penangguhan DUN tanpa notis awal, selain menjelaskan insiden tular beliau dengan Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir selepas solat Jumaat.
Pengarah Komunikasi PKR Negeri Sembilan, Mohd Shariman Che Deris, berkata DUN sepatutnya berlangsung pada 16 Okt, namun tiada pemakluman sewajarnya kepada Adun pembangkang.
"Alasan kekangan masa yang diberi mengambarkan ketidakupayaan menteri besar Negeri Sembilan dan Adun kerajaan mengurus masa dan sumber, walhal tempoh dua bulan adalah sangat panjang jika mereka benar-benar bekerja.







