Hang Tuah Jaya: Dua pemimpin parti dalam Kerajaan Perpaduan iaitu Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) tiba di Kompleks JAPERUN Ayer Molek bagi mengiringi calon masing-masing untuk pencalonan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek, di sini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) tiba kira-kira jam 8.30 pagi tadi bagi mengiringi calon BN, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali, yang juga anak kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam.
Sementara Pengarah Komunikasi PKR yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim tiba bagi mengiringi calon PH, Muhammad Hakimin Mokhtar yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Melaka.









