MELAKA - Suasana proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 hari ini dimeriahkan dengan kehadiran beberapa pemimpin politik yang mengiringi calon parti masing-masing, termasuk Ketua Wanita DAP Teo Nie Ching.Timbalan Menteri Komunikasi itu hadir memberikan sokongan kepada calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Hilir, Leng Chau Yen, yang tiba di pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Temu di sini pada 9 pagi.Sementara itu, calon Barisan Nasional (BN) Jasmine Lok diiringi Naib Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng.Turut kelihatan, calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) Dr Mohd Nor Rashidi Ab Jalil.Pekarangan SMK Padang Temu pagi ini bertukar menjadi 'lautan warna' biru, merah dan kuning setelah penyokong bertali arus membanjiri laluan masuk dengan kibaran bendera parti, manakala keadaan cuaca cerah membantu kelancaran pergerakan awal di pusat penamaan calon.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 November sebagai hari pengundian PRN Melaka, manakala pengundian awal pada 10 November. - Bernama
PRN Melaka: Nie Ching iringi calon PH DUN Bandar Hilir

Key takeaways
Teo Nie Ching menyokong calon PH bagi kerusi DUN Bandar Hilir semasa PRN Melaka ke-16.
- Teo Nie Ching hadir untuk menyokong Leng Chau Yen dari PH.
- Jasmine Lok diiringi oleh Naib Presiden MCA, Dr Wee Jeck Seng.
- Pusat penamaan calon dipenuhi penyokong dengan bendera parti.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Berita Harian PRN Melaka: Calon PH sudah disaring
- Berita Harian PRN Melaka: Ramanan kongsi panduan untuk calon PH
- Sinar Harian PRN Melaka: Nie Ching iringi calon PH DUN Bandar Hilir (this story)








