KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Federal International Holdings Bhd (FIHB), Federal Builders Industries Sdn Bhd memperoleh kontrak bernilai RM46.96 juta daripada Perumahan Masteron Sdn Bhd.
Kontrak itu merangkumi kerja-kerja struktur bagi cadangan pembangunan di PJ Selatan Sentral, Selangor.
Skop kerja melibatkan kerja-kerja struktur untuk aras bawah tanah, podium, kemudahan dan tingkat pemindahan bagi cadangan pembangunan tersebut.
FIHB dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia memaklumkan bahawa kontrak itu akan bermula pada 16 November 2026 dan dijangka siap pada 15 Disember 2027.








