Manchester: Michael Carrick menepis spekulasi bahawa dia hanya mempunyai baki dua perlawanan untuk menyelamatkan kedudukannya sebagai pengendali Manchester United ketika mempersiapkan pasukan menghadapi Roma dalam aksi Liga Juara-Juara, awal pagi Rabu ini.
Kedudukan Carrick semakin terancam selepas kekalahan 0-2 kepada Chelsea, Sabtu lalu, yang menyaksikan United meneruskan rekod tanpa kemenangan dalam semua pertandingan kepada sembilan perlawanan, rekod terburuk mereka dalam tempoh 42 tahun.
United kini hanya satu anak tangga di atas zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas mengutip tujuh mata daripada sembilan perlawanan setakat ini.
Malah, mereka menghuni tangga ke-20 dalam saingan Liga Juara-Juara selepas dibelasah 1-4 oleh Como bulan lalu, dengan hanya 24 pasukan teratas akan mara ke pusingan seterusnya.








