LONDON: Kedudukan Michael Carrick sebagai pengendali Manchester United semakin terancam selepas skuad kendaliannya mengalami kekalahan 0-2 kepada Chelsea dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge, malam tadi.
Kekalahan itu menyaksikan United meneruskan kemarau kemenangan kepada sembilan perlawanan berturut-turut dalam semua kejohanan, sekali gus meningkatkan tekanan terhadap Carrick yang sebelum ini masih mendapat kepercayaan pihak pengurusan kelab.
Sorakan penyokong Chelsea yang melaungkan 'Anda akan dipecat pagi esok' ketika Carrick meninggalkan padang turut menggambarkan tekanan yang semakin dirasai pengendali berkenaan.
Bagaimanapun, bekas pemain tengah United itu mengelak daripada mengulas mengenai masa depannya dan sebaliknya mahu memberi tumpuan kepada persiapan pasukan untuk aksi Liga Juara-Juara menentang Roma, Rabu ini.








