PETALING JAYA – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir menzahirkan ucapan takziah kepada bakal graduan Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Husna Syakira Abd Halim serta keluarganya atas pemergian kedua-dua ibu bapanya dalam satu kemalangan.

Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, beliau berkata, pemergian kedua-dua ibu bapa Husna Syakira yang terkorban ketika dalam perjalanan untuk menghadiri majlis konvokesyen di UMK merupakan satu kehilangan yang amat menyedihkan.

“Salam takziah buat Saudari Husna Syakira binti Abd Halim, bakal graduan Universiti Malaysia Kelantan serta keluarga atas pemergian kedua ibu bapa yang terkorban dalam kemalanga