MELAKA: EP Manufacturing Bhd (EPMB) memulakan pengeluaran kenderaan pelbagai guna elektrik hibrid GWM Wey G9 HEV dan kenderaan utiliti sukan hibrid GWM EC15S di fasiliti pemasangannya di Pegoh.
EPMB dalam satu kenyataan berkata, permulaan pengeluaran dua model itu berlaku kurang lima bulan selepas pengeluaran sulung Wey G9 PHEV, sekali gus menambah jumlah model yang dipasang di Melaka kepada lapan.
EC15S dipasang menggunakan beberapa komponen setempat, termasuk modul kerangka hadapan, gandar belakang, panel instrumen, sistem pemanasan, pengudaraan dan penyaman udara serta rangkaian pendawaian.
Wey G9 HEV pula menggunakan komponen setempat merangkumi modul kerangka hadapan, gandar belakang, panel instrumen, tempat duduk, konsol tengah, modul penyejukan, kemasan pintu dalaman dan rangkaian pendawaian.






