Ahli Parlimen Pendang Awang Hashim berkata gelaran Khawarij tidak sesuai dilabelkan kepada mana-mana kumpulan di negara ini, termasuk pembangkang, memandangkan Malaysia mengamalkan sistem demokrasi dalam memilih kerajaan.KUALA LUMPUR: Seorang wakil rakyat pembangkang mencadangkan supaya jabatan mufti mengeluarkan fatwa bagi menjelaskan apakah maksud golongan atau fahaman Khawarij supaya istilah itu tidak dijadikan bahan sehingga membawa kepada perpecahan umat Islam di negara ini.

Awang Hashim (PN-Pendang) berkata gelaran Khawarij tidak sesuai dilabelkan kepada mana-mana kumpulan di negara ini, termasuk pembangkang, memandangkan Malaysia mengamalkan sistem demokrasi dalam memilih kerajaan.

Katanya, penggunaan istilah itu lebih sesuai digunakan di negara yang tidak mengamalkan sistem pilihan raya seperti di Arab Saudi dan sesiapa yang menentang atau mahu menjatuhkan Raja Arab Saudi adalah Khawarij.