Aktivis Arun Dorasamy (kiri) mengakui hantaran mengenai Pengerusi Urimai P Ramasamy 'tidak benar sama sekali, tidak berasas, dan tanpa sebarang asas fakta'.PETALING JAYA: Aktivis Arun Dorasamy memohon maaf secara terbuka di mahkamah kepada P Ramasamy berhubung hantaran fitnah di Facebook selepas menuduh pengerusi Urimai itu memecahbelahkan penganut Hindu dengan niat memusnahkan agama berkenaan.

Arun, atau nama penuhnya Arumugam Dorasamy, membacakan permohonan maafnya di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Anand Ponnudurai, hari ini.

Dalam kenyataan dimuat naik Ramasamy di Facebook, Arun mengakui hantaran bertarikh 11 Jan 2022 itu 'tidak benar sama sekali, tidak berasas, dan tanpa sebarang asas fakta'.