Polis Pulau Pinang telah merakam keterangan empat individu berhubung kes seorang Ahli Dewan Undangan Negeri yang didakwa mencederakan isterinya Sabtu lepas.
GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang mengesahkan menerima laporan daripada isteri seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini yang mendakwa dicederakan suaminya di kediaman pasangan itu di sini, Sabtu lepas.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Dennis Lim Kwang Keng berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu dengan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
“Polis telah merakam keterangan empat individu termasuk pasangan suami isteri itu dan setakat ini tiada tangkapan dibuat berhubung kes berkenaan.







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F14dadsad_731867.png&w=480&output=webp&q=85&we)

