Kampus pusat data Google dirancang di Port Dickson itu direka khusus untuk menjadi antara pusat data paling cekap tenaga di dunia. (Gambar EPA Images)PETALING JAYA: Google memperuntukkan USD160 juta (RM651 juta) membiayai pembangunan infrastruktur bekalan air guna sama baharu di Negeri Sembilan bagi memenuhi keperluan masyarakat setempat serta menyokong operasi pusat datanya yang bakal beroperasi di Springhill Industrial Park, Port Dickson.
Syarikat teknologi multinasional Amerika Syarikat itu dalam kenyataan, berkata projek itu melibatkan pembinaan sebuah takungan simpanan air luar sungai serta loji rawatan air yang mampu menghasilkan 65 juta liter air terawat sehari apabila mula beroperasi.







