Kuala Lumpur: Ketua Jurulatih Selangor Red Giants (SRG), Michael Angelo Bocado mengakui aksi final menentang Team Rey bukan mudah sebelum SRG mengesahkan kejuaraan Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang Malaysia (MPL MY) 2026 musim ke-18 buat kali keenam berturut-turut dengan kemenangan 4-3, semalam.
Bagi Angelo Bocado atau Acardia, sepanjang tujuh permainan di pentas akhir itu itu, lawan memberikan tentangan sengit dan memaksa mereka bekerja lebih keras, malah beliau sendiri turut berdebar menyaksikan final itu.
"Sudah lama kami tidak merasai debaran dan adrenalin seperti ini. Saya sangat gembira dan ingin memberikan pujian kepada Team Rey kerana mereka berjaya meningkatkan prestasi serta memberikan tentangan sengit.








