Bangi: Sukan pickleball menjadi platform mengeratkan hubungan dan memperluas jaringan profesional apabila lebih 20 peserta menyertai program Pickleball 101: A Newbie's Introduction anjuran MBA Club, School of Business and Economics (SBE), Universiti Putra Malaysia (UPM).
Program yang berlangsung di HA Megah Sports Arena, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), pada 24 Oktober lalu itu menghimpunkan pelajar pascasiswazah tempatan dan antarabangsa, pensyarah serta staf universiti.
Lebih menarik, kehadiran ahli keluarga termasuk anak-anak peserta turut memeriahkan program, sekali gus mewujudkan suasana mesra keluarga yang menggalakkan keseimbangan antara komitmen akademik, kerjaya dan kehidupan peribadi.








