Ketua Polis Pulau Pinang, Dennis Lim Kwang Keng (kiri) menunjukkan pelbagai barangan dirampas daripada sindiket penipuan dalam serbuan di beberapa lokasi di negeri itu. (Gambar Bernama)GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang menahan 141 individu termasuk sembilan warga tempatan dalam 14 serbuan di pusat panggilan disyaki menjalankan pelbagai kegiatan penipuan dalam talian dari 9 hingga 29 Okt.
Ketua Polis Pulau Pinang, Dennis Lim Kwang Keng berkata risikan dan intipan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri membawa kepada lima serbuan di daerah Timur Laut, Barat Daya (enam) dan Seberang Perai Tengah (tiga).
“Polis menahan 93 warga China, Vietnam (29), Jepun (empat), Taiwan (tiga), Kemboja (dua) dan seorang warga Myanmar serta sembilan rakyat tempatan berusia 18 hingga 48 tahun.






%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F14dadsad_731867.png&w=480&output=webp&q=85&we)
