Keadaan kenderaan Perodua Alza dan bas persiaran yang terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Timur-Barat, berhampiran kawasan Rehat dan Rawat Banjaran Titiwangsa menghala ke Gerik. (Gambar JBPM)IPOH: Dua maut manakala seorang cedera parah dalam kemalangan membabitkan MPV jenis Perodua Alza dan bas persiaran di Lebuhraya Timur-Barat, berhampiran kawasan Rehat dan Rawat Banjaran Titiwangsa menghala ke Gerik.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 1.40 tengah hari.

Beliau berkata Perodua Alza dinaiki tiga beranak, iaitu pemandu berusia 64 tahun, isterinya 58 tahun yang duduk di tempat penumpang hadapan dan anak lelaki 28 tahun di bahagian belakang.