HYDERABAD: Lapan pekerja maut manakala lima lagi cedera akibat renjatan elektrik di sebuah tapak pembinaan jalan raya di negeri Rajasthan, barat laut India hari ini.
Menurut laporan media tempatan, kejadian berlaku selepas sebuah jentera pembinaan tersentuh talian elektrik di atas kepala mangsa di daerah Jhunjhunu.
Ketua Menteri, Rajasthan Bhajanlal Sharma menerusi hantaran di platform X, berkata arahan telah dikeluarkan kepada pegawai berkaitan supaya memastikan mangsa yang cedera menerima rawatan sewajarnya, selain memberikan segala bantuan yang diperlukan dengan segera kepada keluarga terjejas serta menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F07%2F089466d6856db735a6bc81a5fb19d679.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
