KUALA LUMPUR: Selepas dikritik hebat sebelum ini, aplikasi navigasi tempatan Malaysia, TuJu, akhirnya menemui penyelesaian bijak kepada masalah utamanya.
Daripada cuba mencari cara terbaik membawa pengguna ke destinasi, ia kini hanya mengubah hala kepada aplikasi yang sudah sedia mahir melakukannya.
Kemas kini terbaru aplikasi itu untuk pengguna Android membolehkan pengguna mengetik butang navigasi dalam Tuju dan kemudian mesej dipaparkan, memaklumkan ia akan melancarkan Google Maps untuk membawa ke destinasi pilihan.
Penyelesaian TuJu terhadap masalah navigasi belokan demi belokan (turn-by-turn) yang tidak boleh diharap itu adalah dengan menyerahkan tugas berkenaan kepada Google Maps.






