Kuala Lumpur: Seorang anggota trafik cedera di tangan dan kaki akibat dirempuh oleh seorang pemandu warga asing di bawah pengaruh dadah dalam kejadian di Jalan Tun Sambanthan, di sini.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, berkata kejadian berlaku jam 8.50 malam Sabtu lalu itu ketika mangsa berusia 42 tahun dalam perjalanan pulang selepas tamat tugas.
"Anggota itu dari Unit Motoked JSPT Kuala Lumpur dirempuh dari arah belakang oleh sebuah kereta dipandu lelaki warga Taiwan berusia 52 tahun.
"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika anggota berkenaan dalam perjalanan pulang selepas selesai menjalankan tugas iringan.









