KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang wanita hari ini bagi membantu siasatan berhubung insiden mengganggu pengunjung dan pelanggan di sebuah pusat beli-belah di ibu negara.Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Ahmad Azwan Amin Nordin berkata wanita berusia 25 tahun itu ditahan pada 5.40 petang di Bandar Sri Damansara."Hasil siasatan awal, wanita itu mengaku terbabit dalam kejadian berkenaan," katanya dalam kenyataan.Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur melalui talian 03-2146 0522 atau 03-2146 0585, Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi 03-2600 2222 atau hadir ke balai polis berhampiran.Pada Ahad lepas, tular melalui media sosial memaparkan pergaduhan antara seorang wanita dan seorang lelaki selepas wanita itu dipercayai mengasari kanak-kanak di sebuah pusat beli-belah. - Bernama
Wanita ditahan bantu siasatan kes ganggu pengunjung pusat beli-belah

Key takeaways
Seorang wanita berusia 25 tahun ditahan oleh polis untuk membantu siasatan insiden mengganggu pengunjung di pusat beli-belah.
- Wanita itu ditahan pada pukul 5.40 petang di Bandar Sri Damansara.
- Dia mengaku terlibat dalam kejadian tersebut mengikut siasatan awal.
- Polis meminta orang ramai memberi maklumat melalui talian hotline atau ke balai polis.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Kosmo , Free Malaysia Today , Utusan Malaysia
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Wanita ganggu pengunjung pusat beli-belah ditahan
- Free Malaysia Today Wanita ditahan dalam kes ganggu pengunjung pusat beli-belah
- Sinar Harian Wanita ditahan bantu siasatan kes ganggu pengunjung pusat beli-belah (this story)







