KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang berunding dengan Nepal berhubung pengisytiharan kematian mangsa banjir besar di negara itu susulan tempoh anggapan kematian dipendekkan daripada 12 tahun kepada 45 hari.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Lukanisman Awang Sauni, berkata ordinan baharu yang diluluskan Presiden Nepal, Ram Chandra Poudel itu membolehkan mangsa bencana yang masih belum dapat dikesan diisytiharkan meninggal dunia selepas tempoh berkenaan.

Katanya, tempoh 45 hari itu dikira bermula dari tarikh bencana pada 26 Ogos lalu dan berakhir pada 9 Oktober lalu.

"Kerajaan sudah memantau selama 70 hari secara tersusun mengenai perkembangan itu dan sekarang sedang berunding dengan kerajaan Nepal untuk mengenal pasti senarai mangsa yang hilang untuk diisytiharkan berdasarkan ordinan yang disebutkan," katanya pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2027 di Dewan Rakyat, hari ini.