Shah Alam: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan premis yang melakukan penyembelihan ayam yang disyaki tidak mengikut hukum syarak di Puchong tidak pernah mempunyai sijil halal.
Pengarah JAIS Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, premis yang terletak di Kampung Sri Aman Hilir, Puchong itu tidak mempunyai sebarang rekod yang boleh dirujuk mengenai permohonan pensijilan halal dan juga tidak memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).
"Rekod di JAIS juga menunjukkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tidak pernah mengeluarkan perakuan penyembelih untuk sembelihan yang dilaksanakan di premis itu.
"Berdasarkan maklumat yang diterima daripada individu yang ditangkap dalam kes terbabit, operasi di premis itu didakwa dijalankan oleh lebih daripada satu syarikat atau entiti.








