KUALA LUMPUR: Qashwa Travel Sdn Bhd memperluas perniagaan dari Kelantan ke pasaran lebih luas menerusi rangkaian cawangan, pakej pelancongan antarabangsa serta perkhidmatan haji dan umrah.
Qashwa Travel dalam kenyataan berkata, syarikat pelancongan Bumiputera yang beroperasi sejak 2016 itu beribu pejabat di Kota Bharu dan kini memberikan perkhidmatan kepada pelanggan dari pelbagai negeri.
Selain ibu pejabat, syarikat mempunyai cawangan di Seremban, Gombak, Lahad Datu dan Jerteh, sekali gus memperluas jangkauan operasi di Semenanjung Malaysia serta Sabah.
Kehadiran pejabat fizikal dan rangkaian ejen jualan membolehkan Qashwa Travel mendekati lebih ramai pelanggan, memudahkan urusan perjalanan dan mengurangkan kebergantungan pada pasaran asalnya di Kelantan.






