BERLIN: Pembekal automotif dan perindustrian Jerman, Schaeffler bakal mengurangkan 3,460 lagi pekerjaan di Eropah.
Ia termasuk kira-kira 2,660 di Jerman, serta menutup lima kemudahan dengan empat daripadanya terletak di Jerman, menurut syarikat itu pada Selasa, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Schaeffler menyatakan langkah itu diambil susulan persekitaran mencabar yang berterusan dalam industri automotif, kemerosotan pasaran secara umum, persaingan sengit, serta kos buruh yang melebihi paras purata di Jerman.
Pengurangan pekerjaan yang dirancang selesai menjelang 2028 itu mewakili kira-kira lapan peratus daripada tenaga kerja teras syarikat berkenaan berjumlah 31,957 pekerja setakat 30 September.






