Johor Bahru: Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan dua remaja perempuan iaitu penghuni sebuah pusat kebajikan yang didapati hilang sejak 25 Oktober lalu.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Azrul Hisham Mohd Shaffei berkata, remaja terbabit adalah Mina Chong Xin Yee dan Emily Chau Jing Xuan yang kedua-duanya berusia 14 tahun.
Menurutnya, alamat terakhir mereka ialah di Holy Word Church di Jalan Harmonium 33/1, Taman Desa Tebrau, di sini.
Menurutnya, Xin Yee berkulit cerah, memiliki rambut paras bahu berwarna coklat, bercermin mata serta ketinggiannya 165 sentimeter.








