Bekas perdana menteri Ismail Sabri ingin tahu apakah kriteria yang digunakan oleh syarikat insurans untuk mengeluarkan seseorang doktor pakar daripada panel tanpa tunai.PETALING JAYA: Bank Negara (BNM) diminta menjelaskan sama ada terdapat garis panduan khusus mewajibkan syarikat insurans memberikan alasan bertulis, bukti dan hak rayuan sebelum seseorang doktor dikeluarkan daripada panel tanpa tunai.
Bekas perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera), menyahut kenyataan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) bahawa dianggarkan sekitar 190 doktor pakar telah kehilangan kemudahan tanpa tunai.
Katanya, jumlah itu amat membimbangkan kerana akhirnya pesakit terjejas dari segi akses dan kelangsungan rawatan.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fpmo12_717307.png&w=480&output=webp&q=85&we)
