UKM melonjak daripada tangga ke-24 dengan berkongsi kedudukan ke-20, manakala UM turun daripada tangga ke-15 ke kedudukan 17, walaupun kekal universiti terbaik negara.PETALING JAYA: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menembusi kelompok 20 universiti terbaik Asia buat julung kali, sekali gus merapatkan jurang dengan Universiti Malaya (UM), yang turun dua tangga dalam Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings: Asia 2027.

UKM melonjak dari kedudukan ke-24 dengan berkongsi kedudukan ke-20, manakala UM jatuh dari tangga ke-15 ke kedudukan ke-17, walaupun kekal sebagai universiti berada di kedudukan tertinggi negara.

Daripada 49 universiti Malaysia tersenarai tahun lalu, 25 berada kedudukan lebih rendah, 20 meningkat, manakala empat kekal tidak berubah. Enam kemasukan baharu menjadikan jumlah keseluruhan kepada 55 universiti.