Hafidz Othman sudah berkhidmat dalam Jabatan Penjara Malaysia sejak 32 tahun dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari UiTM. (Gambar Facebook)PUTRAJAYA: Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Kemasyarakatan) Hafidz Othman dilantik sebagai komisioner jeneral penjara baharu, kuat kuasa Khamis ini.

Jabatan Penjara Malaysia menerusi kenyataan, memaklumkan watikah pelantikan Hafidz disampaikan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz bagi menggantikan Abdul Aziz Abdul Razak, yang memegang jawatan itu, sejak 14 Feb 2025.

Hafidz, pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), memulakan kerjaya sebagai pegawai penjara dengan jawatan timbalan penguasa Penjara Miri, Sarawak.