Kuala Lumpur: Hafidz Othman dilantik sebagai Komisioner Jeneral Penjara yang baharu berkuat kuasa 5 November ini.

Jabatan Penjara Malaysia dalam satu kenyataan berkata, watikah pelantikan beliau disampaikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Dr Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

"Hafidz adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan memulakan kerjaya sebagai pegawai penjara dengan jawatan Timbalan Penguasa di Penjara Miri, Sarawak.

"Sepanjang 32 tahun perkhidmatan, beliau pernah memegang pelbagai jawatan penting, antaranya Pengarah Penjara Seremban dan Pengarah Penjara Negeri Sembilan," kata kenyataan itu hari ini.