Bukan hanya penyanyi sahaja mendapat jolokan, namun Yank Kassim yang menyerlah dengan watak antagonis dan aksi dalam drama serta filem juga mempunyai 'jolokan' tersendiri.

Yank, 59, memaklumkan dia pernah mendapat jolokan sebagai 'Sammo Hung Malaysia' yang dilabel oleh wartawan hiburan apabila melaporkan kisah watak lakonannya yang menjurus aksi.

"Saya tidak kisah pun ada jolokon atau tidak. Sebab, macam saya pernah cakap, saya ini 'low profile', dan biar produk lakonan yang 'berbicara'. Jadi, bila dapat jolokan 'Sammo Hung Malaysia' daripada wartawan, ia satu penghargaan.

"Apatah lagi, saya adalah pelakon berbadan besar yang boleh melakonkan aksi-aksi lasak. Antaranya, saya boleh kena rembat, buat 'backflip', jatuh tergolek sana sini dan jatuh tangga.