Moscow: Kadar kes pembunuhan wartawan yang tidak dikenakan tindakan undang-undang di seluruh dunia semakin meningkat, dengan enam daripada setiap tujuh kes masih belum diselesaikan, menurut laporan baharu Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) yang dikeluarkan pada Isnin, lapor Sputnik/RIA Novosti.
"Sepanjang 20 tahun lepas, seramai 1,641 wartawan terbunuh, namun hanya 14 peratus daripada kes berkenaan berjaya diselesaikan. Oleh itu, kadar kes yang tidak dikenakan tindakan undang-undang di peringkat global kini mencecah 86 peratus," menurut laporan itu.
Bagaimanapun, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan bahawa kadar semasa itu masih lebih rendah berbanding 95 peratus yang direkodkan pada 2012.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fpdrm12_538858.png&w=480&output=webp&q=85&we)
