KUALA LUMPUR: Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) diunjurkan menjana hasil operasi RM418 juta pada 2029 menerusi perkhidmatan penumpang dan kargo.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata unjuran itu membabitkan hasil perkhidmatan penumpang sebanyak RM204 juta, manakala perkhidmatan kargo dijangka menyumbang RM214 juta.
Beliau berkata, berdasarkan kajian dilaksanakan juruperunding pada 2025, hasil perkhidmatan penumpang ECRL diunjurkan sebanyak RM192 juta pada 2027 sebelum meningkat kepada RM198 juta pada 2028.
"Bagi perkhidmatan kargo pula, hasilnya diunjurkan RM68 juta pada 2027 dan RM71 juta pada 2028 sebelum meningkat kepada RM214 juta pada 2029.










